• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

oleh Mohd Arshad
08/09/2025
dalam Terkini
0
Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi menghadapi pertuduhan di negara ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, berkata tiada bukti kukuh setakat ini yang mengaitkan keberadaan Jho Low selaku dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di China, sebagaimana dijelaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum ini.

Menurut jabatan itu, Malaysia bagaimanapun bekerjasama erat dengan pihak agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa.

“Menteri (Saifuddin) sebelum ini dalam kenyataannya juga menyatakan setakat ini dakwaan mengenai lokasi dan juga penggunaan pasport individu yang disebut itu (Jho Low) belum ditemui fakta sokongan ataupun mana-mana bukti yang sah dan sahih.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan individu berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan Jho Low disyaki menetap di Shanghai dengan identiti palsu menggunakan pasport Australia atas nama Constantinos Achilles Veis.

Laporan itu turut mendakwa beliau tinggal di kawasan elit Green Hills, memandu kereta mewah serta beroperasi dari pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai.

Pendedahan sama menyebut Malaysia masih giat menuntut proses ekstradisinya, walaupun Jho Low dipercayai bergerak bebas di bandar itu.

Lebih kontroversi, laporan berkenaan mendakwa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

BHonline-

Tags: agensi antarabangsaJho LowMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd