• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Anak Sungai Di Temenggor

oleh Mohd Arshad
13/09/2025
dalam Terkini
0
Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Anak Sungai Di Temenggor
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di anak sungai di kawasan Air Rengat, Temenggor dekat Gerik pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.10 pagi daripada Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Temenggor.

“Hasil siasatan awal mendapati kira-kira 8.25 pagi seorang lelaki Orang Asli berumur 32 tahun ternampak mayat berada di dalam sungai ketika melalui kawasan berkenaan.

“Pengadu kemudian bergegas ke Pengkalan Trojan, Temenggor untuk memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis bantuan TNB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik yang tiba di lokasi kejadian kemudian menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di dalam anak sungai.

Abdul Samad berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada tubuh lelaki itu dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Kes katanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan akan memberi bantuan kepada pihak berkuasa susulan penemuan mayat terbabit.

TNB dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi memaklumkan mayat itu berada di laluan menuju Stesen Janakuasa Temengor iaitu di luar kawasan stesen.

“TNB amat berdukacita dan menzahirkan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa. Kejadian ini tidak melibatkan operasi stesen dan fungsi stesen berjalan seperti biasa.

“Pasukan Polis Bantuan TNB segera melaporkan kejadian kepada Balai Polis Daerah Gerik dan pihak polis telah pun berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi Balai Polis Daerah Gerik melalui talian 05-7912222.

-Berita Harian

Tags: Anak SungaimeninggalTemenggor
Share231Tweet145SendShare

Related Posts

“Perkampungan Memerang” Di Pantai Puteri

“Perkampungan Memerang” Di Pantai Puteri

10/01/2026
0

Santai.... Ini kelompok memerang sungai yang juga mampu hidup dalam kawasan air masin... Mereka yang arif dengan haiwan ini berkata...jangan...

Pelajar Wanita Mati Tergantung Di Kipas, Disyaki Dibunuh

Pelajar Wanita Mati Tergantung Di Kipas, Disyaki Dibunuh

18/08/2025
0

SUBANG JAYA: Seorang pelajar wanita sebuah kolej ditemui disahkan mati dibunuh selepas ditemukan tergantung di kipas siling di ruang tamu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd