• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

oleh Mohd Arshad
03/09/2025
dalam Terkini
0
Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, Ahad lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan pihaknya tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak memandangkan kejadian itu berlaku di luar jangkaan dan dalam tempoh yang sangat singkat.

“Ia ‘wake up call’ kepada sesiapa sahaja yang perlu peka mengenai isu keselamatan tidak semestinya dihadiri orang kenamaan seperti menteri besar atau exco (kerajaan negeri), penyanyi atau tokoh masyarakat yang mengundang kehadiran orang yang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Empower Tahfiz Inisiatif Khas Pemerkasaan Anak-anak Tahfiz Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saarani menyatakan rasa kagum terhadap sikap tenang yang ditunjukkan Sultan Nazrin kerana terus berada di pentas sehingga selesai.

“Tuanku masih berdiri, menerima tabik hormat, berjalan seperti yang dirancang, malah selepas itu beramah mesra dengan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saarani memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenai kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan wajah dan suaranya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).’

Beliau berkata pihaknya turut menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

Saarani menasihati orang ramai supaya tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu berkenaan yang menggunakan gambar dan suara beliau melalui AI dengan bagi menawarkan wang tunai dan meminta mangsa menghubungi nombor telefon tertentu untuk membuat tuntutan.

–BERNAMA

Tags: kerajaan perakmbSultan Nazrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd