• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

oleh Mohd Arshad
21/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan pihaknya mempunyai asas kukuh membatalkan sewaan lima tahun membabitkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya tidak akan mendedahkan secara terperinci tindakan susulan terhadap syarikat Aerotree Defence and Services Sdn Bhd yang memfailkan saman RM353 juta terhadap kerajaan berhubung pembatalan kontrak sewaan itu.

“Tapi (situasi) ini bukan begitu. Kita bagi penganugerahan untuk mereka bekalkan helikopter tetapi dalam masa yang sepatutnya, helikopter itu tidak dapat nak dibekalkan dan diberi lanjutan masa. Kemudian, (helikopter) tidak juga dibekalkan. Jadi atas sebab itu kerajaan batalkannya,” katanya.

“Tidak mungkin untuk saya beri penjelasan (berkenaan tindakan susulan) kerana itu semua Aerotree akan tahu apa yang kita (mahu) buat.

“Jadi pokoknya ialah kerajaan ada asasnya mengapa penganugerahan (award) itu dibatalkan.

“Kita (kerajaan) beri mereka penganugerahan untuk membekalkan helikopter, tetapi helikopter tidak dibekalkan. Ini berbeza jika kita beri penganugerahan, mereka bekalkan helikopter dan selepas kita dapat helikopter, kita batalkan.

“Tetapi (dalam situasi ini) bukan begitu. Kita beri penganugerahan untuk mereka bekalkan helikopter, tetapi dalam tempoh yang ditetapkan, helikopter itu tidak dapat dibekalkan walaupun diberi lanjutan masa. Maka, atas sebab itu, kerajaan membatalkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd memfailkan saman berjumlah RM353 juta terhadap kerajaan berhubung pembatalan sewaan selama lima tahun yang melibatkan empat helikopter Blackhawk UH-60A.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan Aisha & Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan turut menamakan Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausahanya sebagai defendan.

Aerotree turut dilaporkan memohon perintah mahkamah bagi memaksa kerajaan meneruskan perjanjian tersebut berdasarkan surat setuju terima bertarikh 17 April 2023.

Sekiranya perjanjian itu tidak diteruskan, syarikat itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM17.5 juta, ganti rugi tambahan RM38.7 juta, serta pampasan berjumlah AS$38.7 juta (RM297.3 juta), selain ganti rugi am dan teladan.

BHonline-

Tags: helikopter blackhawk UH-60AMindef
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

06/11/2024
0

SHAH ALAM : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd