• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

oleh Mohd Arshad
30/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman dikenakan badan induk itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, FAM sebagai sebuah persatuan sukan yang besar dan berpengalaman, diyakini mempunyai keupayaan serta pasukan perundangan mencukupi untuk menguruskan proses rayuan berkenaan.

Hannah berkata, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan wajar diajukan terus kepada FAM memandangkan badan induk bola sepak negara itu lebih mengetahui perkembangan terkini mengenai proses rayuan mereka.

“Saya hanya akan memberikan kenyataan rasmi selepas keputusan rayuan FIFA.

“Saya pasti kalau ada silap mana-mana saya nak pastikan kita ada ruang untuk memperbaiki supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Tetapi buat masa ini masih terlalu awal kerana saya nak tahu status rayuan kepada FIFA dulu sebelum buat apa-apa komen lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) Memperkasa Pendidikan Kesihatan Seksual Dan Reproduktif di RekaScape di sini, hari ini.

Hannah berkata tiada keperluan buat masa ini untuk KBS memberi bantuan tambahan kepada FAM bagi urusan rayuan itu memandangkan persatuan mempunyai sumber sendiri.

Jumaat lepas, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA menerusi kenyataan memaklumkan FAM menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.

Tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.

Ahad lepas, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan kakitangan pentadbiran badan induk itu.

Noor Azman berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan menegaskan para pemain terbabit adalah rakyat Malaysia yang sah.

Beliau menambah FAM kini menunggu keputusan penghakiman penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada.

Dalam perkembangan lain, RTD merupakan program anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama PUSPANITA Kementerian Belia dan Sukan yang disertai seramai 222 belia.

Hannah berkata KBS berpegang kepada mesej utama abstinence iaitu menjauhi hubungan seks sebelum berkahwin, namun bagi belia yang pernah terlanjur, pendekatannya adalah mendidik dan membimbing kembali ke landasan yang betul dengan memberikan maklumat tepat tentang cara melindungi diri.

Katanya pelbagai program kesedaran sedang dijalankan termasuk kempen anti-dadah, anti-pornografi dan inisiatif sayangi diri, yang dilaksanakan secara bersama dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

BHonline-

Tags: FIFAHannah YeohKBS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan yang didapati terlibat dalam aktiviti meminta wang perlindungan akan dipecat...

Hannah Yeoh Sertai Berbuka Puasa Di Dataran Merdeka

Hannah Yeoh Sertai Berbuka Puasa Di Dataran Merdeka

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turut berbuka puasa di Dataran Merdeka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd