• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Penunggang Maut Diseret Kenderaan Pacuan Empat Roda Dikenal Pasti

oleh Mohd Arshad
16/09/2025
dalam Terkini
0
Identiti Penunggang Maut Diseret Kenderaan Pacuan Empat Roda Dikenal Pasti
Share on FacebookShare on Twitter

BERA-Identiti penunggang motosikal yang maut selepas kenderaannya berlanggar dan diseret kenderaan pacuan empat roda sejauh 40 meter di Kilometer 7, Jalan Bera-Mayam, di sini pada Selasa telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Hasli Wafi Kamaludin, 17, beralamat di Kampung Pauh, Temangan, Kelantan.

Menurutnya, keluarga mangsa kini tinggal di Janda Baik, Bentong.

“Ketika kejadian, mangsa difahamkan bergerak dari Janda Baik kira-kira jam 7 petang, Isnin untuk menemui tunang di Felda Purun.

“Mangsa juga tidak bertatu sebagaimana dakwaan sebelum ini, sebaliknya ia adalah baju dalam tipis yang dipakai mangsa yang kelihatan seakan-akan tatu lembap,” katanya.

Dalam nahas melibatkan tiga kenderaan kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa dipercayai diseret sejauh 40 meter selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu dua kenderaan pacuan empat roda masing-masing berusia 23 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zulkiflee dalam kenyataan sebelum ini berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah Bera menghala ke Mayam.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu kontraktor berusia 26 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala, tangan dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambah beliau, sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max yang turut terlibat dalam kemalangan itu pecah tayar akibat terlanggar serpihan motosikal mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kemalangan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd