• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Flotila Sumud Global Bersiap Untuk Berlayar Dari Pulau Greece Menuju Gaza

oleh Mohd Arshad
26/09/2025
dalam Terkini
0
Flotila Sumud Global Bersiap Untuk Berlayar Dari Pulau Greece Menuju Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL: Flotila Sumud Global hari ini mengumumkan yang ia sedang bersiap sedia untuk berlayar dari pesisir Pulau Crete, Greece, bagi peringkat terakhir perjalanan menuju ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Flotila itu mengakui mengalami ‘halangan besar’ selepas sebuah kapal utamanya mengalami kerosakan mekanikal.

“Sungguhpun begitu, peserta di atas kapal tidak gentar dan tetap komited terhadap misi ini,” menurut kenyataan mereka di media sosial.

Setiap peserta dipindahkan ke kapal lain, besar dan kecil dan membawa kepakaran pelayaran, kemahiran komunikasi dan koordinasi diplomatik mereka. Pusat operasi flotila kekal berfungsi sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi.

Wartawan Al Jazeera Hassan Masoud, yang turut berada dalam misi itu melaporkan yang enam lagi kapal dari Greece dijangka menyertai flotila dalam pelayaran ke Gaza.

Pada Khamis malam, penganjur memaklumkan ia menjangkakan bakal tiba di Gaza dalam tempoh lima hingga lapan hari.

Seorang penganjur Thiago Avila berkata Pulau Crete adalah “pelabuhan selamat terakhir” dan memberi pilihan kepada peserta untuk menyertai pasukan darat. Menurut kemas kini media sosial, tiada seorang pun peserta memilih untuk menarik diri.

Flotila Sumud Global, yang terdiri kira-kira 50 kapal memulakan pelayaran awal bulan ini dengan matlamat untuk memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan, ke Wilayah Gaza.

Pada pagi Jumaat, sebuah kapal perang Tentera Laut Sepanyol berlepas dari Pelabuhan Cartagena untuk memberikan sokongan kepada flotila itu, susulan serangan dron baru-baru ini terhadap semua kapal yang terlibat, menurut laporan media tempatan.

Tindakan Madrid itu menyusul selepas Kerajaan Itali menghantar sebuah frigat untuk melindungi warganya yang menyertai misi itu, yang melibatkan kapal dari negara seperti Itali, Greece dan Tunisia.

Penyiasat PBB baru-baru ini menyimpulkan yang Israel sedang melakukan jenayah genosid di Gaza, dan lebih 65,500 orang terbunuh sejak Oktober 2023.

–BERNAMA-ANADOLU

Tags: Flotila Sumud GlobalGazaPulau Greece
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

Israel Mahu Terus Serang Gaza

Israel Mahu Terus Serang Gaza

10/11/2025
0

MENTERI PERTAHANAN ISRAEL TEKAD LANJUT OPERASI SEHINGGA “TEROWONG TERAKHIR” DI GAZA DIMUSNAHKAN TEL AVIV, 10 Nov – Menteri Pertahanan Israel,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd