• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Mahkamah Tentukan Status Tanah Kampung Sungai Baru – Dr Zaliha

oleh Mohd Arshad
23/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Biar Mahkamah Tentukan Status Tanah Kampung Sungai Baru – Dr Zaliha
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menggesa semua pihak berkait polemik status tanah Kampung Sungai Baru untuk memberi ruang kepada mahkamah menentukannya.

Beliau berkata sungguhpun pihaknya setakat ini mendapati kawasan itu bukan berstatus Tanah Rizab Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS), perkara itu masih dalam prosiding mahkamah.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia masih dalam kes mahkamah dan kita menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan perkara ini.

“Namun, setakat apa yang kita dapat tahu, ia memang bukan tanah MAS.

“Semua bukti telah diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau rumah penduduk terjejas ribut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, di sini, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Kebajikan Pemilik Harta Kampung Sungai Baru menegaskan tanah di kawasan berkenaan bukan berstatus Tanah Rizab Melayu seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Pengerusinya, Sanita Yunus dipetik berkata, perkara itu terbukti melalui perjanjian jual beli antara pemilik rumah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 1971.

Katanya, rumah yang dibeli mereka juga berstatus pajakan selama 99 tahun dan bukannya hak milik kekal.

Ditanya sama ada terdapat sebarang perjanjian atau jaminan dengan pihak pemaju untuk memastikan orang Melayu sahaja boleh menduduki Kampung Sungai Baru, Dr Zaliha berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

“Seperti yang saya pernah sebut sebelum ini, tanah Kampung Sungai Baru ini berada di luar kawasan MAS.

“Jadi, kalau ia bukan tanah MAS, tentulah ada sekatan-sekatan yang berbeza berbanding dengan tanah MAS atau Tanah Rizab Melayu.

“Bagaimanapun, kita boleh berbincang mengenai perkara ini. Saya difahamkan pihak pemaju juga terbuka untuk berbincang,” katanya.

Dr Zaliha berkata, kerajaan tetap mengambil berat tentang kepentingan orang Melayu dalam pembangunan Kampung Sungai Baru sebagaimana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya yakin bahawa penduduk hendak seperti mana yang Tuanku Sultan Selangor sebut juga bahawa kepentingan orang Melayu mesti dijaga.

“Sudah pastinya kita mengambil berat mengenai perkara ini,” katanya.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Dr Zaliha Mustafakampung sungai barustatus tanah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Dr Zaliha Ketuai Pasukan Petugas Khas Kampung Baru, Kampung Sungai Baru

Dr Zaliha Ketuai Pasukan Petugas Khas Kampung Baru, Kampung Sungai Baru

29/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa diamanahkan untuk mengetuai pasukan petugas...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd