• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Kelantan Pulih, Mangsa Di Sabah Meningkat

oleh Mohd Arshad
17/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Banjir Di Kelantan Pulih, Mangsa Di Sabah Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Banjir di KELANTAN pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Semai Bakti FELDA Chiku 2, Gua Musang yang menempatkan 218 orang daripada 51 keluarga ditutup hari ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang, Bun Tham Eh Gin berkata PPS itu ditutup pada 10 pagi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga apabila hujan lebat dan perlu patuh arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir petang ini meningkat kepada 2,919 orang daripada 814 keluarga berbanding 2,897 orang daripada 813 keluarga pagi tadi di 25 PPS dan sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Selagon, Beaufort.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan dua lagi PPS dibuka hari ini di daerah Sipitang iaitu Dewan Mini Mesapol dan Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah.

“Tiga daerah menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa iaitu Beaufort, Papar dan Sipitang manakala Penampang, Membakut dan Putatan mencatatkan penurunan,” menurut JPBN Sabah.

Jawatankuasa itu memaklumkan sebanyak 126 buah kampung terjejas berikutan banjir yang melanda Sabah sejak 9 September.

Bernama-

Tags: BanjirKelantanSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd