• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

oleh Mohd Arshad
28/09/2025
dalam Terkini
0
Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kejadian antara jam 4 hingga 5 pagi waktu Mesir itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan.

Katanya, beberapa bilik di bangunan itu dipecah masuk dan hanya wang tunai dilaporkan hilang.

“Polis Mesir sudah hadir ke lokasi kejadian dan sedang melakukan siasatan rapi. Pegawai Atas Pendidikan Johor dan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mesir sudah mengadakan pertemuan dengan pelajar dan kebajikan mereka akan dipastikan terjaga.

“Kerajaan Johor sudah mengarahkan agar aspek keselamatan di bangunan tersebut dipertingkatkan, bahkan memperoleh kerjasama dengan pemilik bangunan bagi mengelakkan insiden sama daripada berulang,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.

Mohd Fared meminta ibu bapa dan keluarga pelajar agar bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa di Mesir untuk menyiasat.

“Pegawai Atas Pendidikan Johor di Mesir bersedia dihubungi bagi mengurus perkara ini. Perkembangan dari masa ke semasa akan dimaklumkan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bangunan PenginapanJohorMesirpecah masuk
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd