• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahana Syarikat Lebur Tong Drum Haram

oleh Mohd Arshad
06/09/2025
dalam Jenayah
0
Bahana Syarikat Lebur Tong Drum Haram
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam: Mahkamah Sesyen 3 Klang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM18,000 terhadap syarikat kitar semula tong drum terpakai yang beroperasi di Pulau Indah, Klang di sini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Wandi Yadzid Yaakob berkata, pengarah yang mewakili syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

“Pengarah syarikat berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya akan terus berusaha untuk patuh kepada peruntukan undang-undang berkaitan alam sekitar.

“Hakim Mahkamah Sesyen 3 Klang, Sharifah Hascinde Syed Omar menjatuhkan hukuman denda selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan JAS Negeri Selangor.

“Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal berikutan operasi kilang itu boleh menyebabkan risiko pencemaran kepada alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Wandi Yadzid berkata, berdasarkan fakta kes, pemeriksaan yang dijalankan oleh penguatkuasa JAS Negeri Selangor pada 1 Julai 2022 mendapati bahawa syarikat berkenaan menjalankan proses kitar semula tong drum terpakai yang dikategorikan sebagai Buangan Terjadual SW409 tanpa lesen dan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling.

“Syarikat didakwa mengikut Seksyen 18(1) dan Seksyen 19(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 dan RM10,000 setiap satunya atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

“Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Tiada seseorang boleh menjalankan apa-apa kerja tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling yang menyebabkan premis dikategorikan sebagai Premis Yang Ditetapkan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: haramTong Drum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

Filem Mentega Terbang Diwarta Haram

Filem Mentega Terbang Diwarta Haram

13/09/2023
0

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di negara ini. Perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd