Johor Bahru: Tiga individu akan didakwa hari ini, susulan video disyaki seolah memuja jin dan ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat, yang tular baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, mereka akan dituduh di Mahkamah Syariah Batu Pahat.
“Video didakwa ‘show’ puja jin Batu Pahat, tiga bakal dituduh di Mahkamah Syariah Batu Pahat hari ini,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Semalam, media melaporkan, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan segera, susulan penularan video berkenaan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, isu itu tidak boleh dipandang ringan dan siasatan terperinci perlu dilakukan mengikut undang-undang.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit di media sosial yang memaparkan ritual dipercayai berkaitan kuda kepang yang dikaitkan dengan amalan syirik dilaporkan berlaku di Batu Pahat.
-Harian Metro


