• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

oleh Mohd Arshad
13/08/2025
dalam Terkini
0
TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa kerajaan menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Titah Adendum terbabit dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 29 Januari tahun lalu, yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, sebulat suara menolak rayuan Peguam Negara dan memerintahkan permohonan semakan kehakiman Najib dikembalikan dan meritnya didengar serta diputuskan Mahkamah Tinggi di hadapan hakim baharu.

Peguam Negara selaku perayu juga gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan bagi menyokong permohonan semakan kehakimannya .

Bukti terbabit ialah surat daripada Majlis Kesultanan Pahang kepada anak bekras Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar, bertarikh 4 Januari lalu yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum berkenaan.

Ia ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dan dialamatkan kepada Mohamad Nizar yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang.

Turut bersidang dalam panel mahkamah tertinggi negara itu ialahHakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum berkenaan.

Najib juga memohon perintah, jika titah itu wujud, maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Zabariah yang membacakan penghakiman panel berkata, isu sama ada Titah Adendum itu benar atau tidak adalah perkara yang boleh dihujahkan dan perlu dikemukakan pada perbicaraan substantif dalam permohonan semakan kehakiman (di Mahkamah Tinggi.

“Namun pada masa ini, Titah Adendum itu wujud dan statusnya sama ada dari segi kesahannya atau kebenarannya perlu dipastikan dalam perbicaraan substantif, yang mana kami berpendapat adalah tidak wajar atau adil untuk kami menyatakan sebarang pandangan mengenainya sekarang.

“Pada peringkat ini, ia adalah isu yang memerlukan siasatan lanjut melalui pendengaran penuh hadapan kedua-dua belah pihak (inter-parte), dengan mengemukakan semua bukti dan fakta yang perlu serta semua hujahan undang-undang yang berkaitan.

“Kesimpulannya, kami membenarkan Titah Adendum ini diterima masuk sebagai bukti baharu di bawah Kaedah 7, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 dan memberikan kebenaran kepada responden (Najib) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

“Sehubungan itu, kami mengembalikan semula kes ini kepada Mahkamah Tinggi bagi didengar perbicaraan substantif dalam prosiding semakan kehakiman di hadapan hakim baharu.

“Kami tidak membuat sebarang perintah mengenai kos,” katanya.

Zabariah berkata, adalah penting untuk dinyatakan bahawa pada peringkat hujahan rayuan itu, Peguam Negara mengakui Titah Adendum berkenaan wujud.

Beliau berkata, pengakuan itu memberi kesan besar terhadap persoalan yang dikemukakan di hadapan panel, khususnya persoalan berkaitan kewujudan bukti baharu yang dipertikaikan.

Dengan adanya pengakuan itu, katanya, persoalan berhubung fungsi Peguam Negara dalam rayuan itu tidak lagi relevan dan kini bersifat akademik.

“Kami perlu menegaskan penghakiman di sini bukan menyatakan bahawa Titah Adendum adalah sebahagian daripada perintah pengampunan, dan kami juga tidak mengatakan bahawa ia tidak terlalu awal pada peringkat ini untuk mahkamah membuat penentuan sedemikian.

“Kedua, walaupun Titah Adendum itu wujud, ia tidak secara automatik boleh diterima masuk sebagai bukti. Responden masih perlu memenuhi peraturan dan kriteria berkaitan kemasukan titah itu sebagai bukti baharu.

“Ketiga, kewujudan Titah Adendum itu tidak secara automatik menjadikannya sah. Isu berkenaan perlu diputuskan dalam perbicaraan substantif prosiding semakan kehakiman sekiranya kebenaran diberikan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: najibPeguam NegaraProsiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najibtitah adendum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

Titah Adendum: Peguam Najib Tidak Mahu Bazir Walau Sehari, Semakan Perlu Disegerakan

Titah Adendum: Peguam Najib Tidak Mahu Bazir Walau Sehari, Semakan Perlu Disegerakan

13/08/2025
0

PUTRAJAYA - Pembelaan bagi pihak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon semakan kehakiman berhubung Titah Adendum didengar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd