• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

oleh Mohd Arshad
27/08/2025
dalam Terkini
0
Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan, artifak dan sebuah manuskrip kuno berusia lebih 2,000 tahun.

Tapak penemuan itu terletak di Teluk Abu Qir dan dipercayai sebahagian daripada kota purba Canopus, pusat penting pada era dinasti Ptolemaic yang memerintah Mesir hampir 300 tahun, sebelum era pemerintahan Empayar Rom yang berlangsung sekitar enam abad.

Sejarah mencatatkan bahawa siri gempa bumi dan peningkatan paras laut telah menenggelamkan Canopus serta pelabuhan berhampiran iaitu Heracleion, sekali gus meninggalkan khazanah arkeologi yang amat bernilai.

Dalam operasi terbaharu itu, kren digunakan untuk mengangkat patung-patung dari dasar laut, dengan penyelam yang menemui artifak itu bersorak gembira sebaik tiba di daratan.

“Masih banyak tinggalan berada di dasar laut, namun apa yang boleh kami angkat amat terhad mengikut kriteria tertentu.

“Selebihnya akan terus menjadi sebahagian daripada warisan tenggelam kami,” kata Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Sherif Fathi.

Antara runtuhan yang didedahkan ialah bangunan batu kapur yang dipercayai berfungsi sebagai tempat ibadat, kawasan kediaman serta struktur perdagangan dan perindustrian.

Turut ditemui ialah takungan air serta kolam yang dipahat pada batu untuk tujuan simpanan air dan ternakan ikan.

Penemuan lain termasuk patung tokoh diraja dan sphinx dari era pra-Rom, antaranya sebuah sphinx dengan ukiran nama Firaun Ramses II, pemerintah terkenal dan paling lama berkuasa dalam sejarah Mesir purba.

Namun kebanyakan patung ditemui dalam keadaan tidak sempurna, termasuk figura granit era Ptolemaic tanpa kepala serta separuh bahagian bawah patung bangsawan Rom yang diperbuat daripada marmar.

Selain itu, sebuah kapal dagang, sauh batu dan kren pelabuhan dari zaman Ptolemaic serta Rom turut ditemukan berhampiran sebuah dok sepanjang 125 meter yang berfungsi sebagai pelabuhan bot kecil sehingga era Byzantine.

Iskandariah, kota kedua terbesar Mesir, sememangnya kaya dengan runtuhan purba dan khazanah bersejarah.

Namun, bandar pesisir itu kini berdepan ancaman sama seperti Canopus dan Heracleion akibat perubahan iklim serta peningkatan paras laut.

Kajian menunjukkan Iskandariah tenggelam lebih tiga milimeter setiap tahun.

Malah dalam senario yang digambarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan sepertiga daripada bandar itu bakal tenggelam atau tidak lagi sesuai didiami menjelang 2050.

-AFP

Tags: MesirRuntuhan Kota
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd