• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

oleh Mohd Arshad
31/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh Raya Sprint, di sini pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15(1)(A) ADB.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15(1)(A)ADB,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 menetapkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, manakala Seksyen 15(1)(A) pula boleh membawa denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Media pada 24 Ogos lalu melaporkan anak kepada bekas pemimpin negara ditahan polis selepas ditemukan dadah dalam keretanya di Lebuhraya Sprint di sini.

Difahamkan, penahanan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dijalankan di sekitar Damansara.

Dalam operasi itu, kereta milik suspek diperiksa dan polis turut menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Suspek difahamkan turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan kes dadah.

BHonline-

Tags: anak bekas perdana menterikes dadahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd