• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

oleh Mohd Arshad
25/08/2025
dalam Terkini
0
Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari 26 hingga 29 Ogos serta pada 31 Ogos bagi memberi laluan kepada raptai dan acara lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Lintas hormat itu akan melibatkan 33 pesawat daripada agensi penguatkuasaan termasuk helikopter dan pesawat fixed-wing (sayap tetap).

Menurut kenyataan CAAM hari ini, penutupan itu penting bagi memastikan keselamatan orang awam serta pesawat yang mengambil bahagian dalam lintas hormat berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, akan berlaku peningkatan aktiviti penerbangan serta pelarasan terhadap operasi penerbangan komersial.

“CAAM ingin mengingatkan orang ramai bahawa semua pengendalian aktiviti dron dan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) di kawasan yang terlibat sepanjang raptai dan sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang sama sekali.

“Pengendalian dron tanpa kelulusan boleh mendatangkan risiko keselamatan dan pelanggaran terhadap larangan ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” menurut kenyataan itu.

CAAM turut menyeru kerjasama semua pihak berkepentingan serta orang ramai untuk mematuhi larangan ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Raptai Hari Kebangsaan akan berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos, bermula 11 pagi hingga 12 tengah hari dan pada 29 Ogos dari 8.45 hingga 9.45 pagi, manakala lintas hormat pula pada 31 Ogos dari 8.45 hingga 9.45 pagi.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataan berasingan telah mengeluarkan nasihat perjalanan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang.

Penumpang juga dijangka berdepan kesesakan luar biasa di kaunter daftar masuk, pusat pemeriksaan keselamatan serta imigresen berikutan cuti hujung minggu.

“Semua pengembara digalakkan mematuhi nasihat perjalanan seperti daftar masuk sendiri, tiba awal di lapangan terbang, menggunakan pas masuk elektronik serta memastikan bagasi kabin mengikut saiz yang dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai nasihat perjalanan boleh diperoleh melalui pautan https://newsroom.airasia.com/news/airasia-travel-advisory-during-malaysi….

-Harian Metro

Tags: CAAMHari KebangsaanRuang Udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

01/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas...

Iran Buka Semula Ruang Udara, Tarik Balik Sekatan Penerbangan

Iran Buka Semula Ruang Udara, Tarik Balik Sekatan Penerbangan

19/04/2024
0

IRAN telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd