• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Zara Tak Diambil Sebagai Bukti, Peguam Dakwa Kertas Siasatan Dihantar Kepada AGC Tak Lengkap

oleh Mohd Arshad
03/08/2025
dalam Terkini
0
Pakaian Zara Tak Diambil Sebagai Bukti, Peguam Dakwa Kertas Siasatan Dihantar Kepada AGC Tak Lengkap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pasukan guaman mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, berpendapat kertas siasatan yang dihantar pihak polis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak lengkap, selain tidak menyeluruh dan mempunyai fokus yang sangat kecil.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri melalui kenyataan bersama, berkata itu belum lagi dikira ketiadaan bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara Qairina sebelum pengebumian dilakukan.

Mengulas lanjut, mereka memberi contoh pakaian dan barang peribadi dipakai mangsa ketika ditemui di bawah bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu yang didakwa tidak diambil pihak polis sebagai bahan bukti.

Mereka berkata, semua pakaian dan barang milik Zara Qairina sudah diserahkan pihak hospital kepada ibu mangsa pada hari kejadian dan kini berada dalam jagaan seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik keluarga.

“Sejak 17 Julai lalu sehingga hari ini, pihak polis tidak pernah mengambil atau memohon dari anak guam kami untuk mendapatkan semua pakaian dan barang berkenaan bagi tujuan siasatan.

“Kami sangat terkejut dengan perkara di atas kerana sepanjang pengalaman kami melakukan kes-kes perbicaraan jenayah di mahkamah, pihak polis akan merampas semua item dipakai seorang mangsa yang disyaki mati akibat apa-apa tindakan jenayah bagi tujuan siasatan,” katanya.

Peguam berkenaan juga menjelaskan, semua pakaian dan barang berkenaan adalah bahan bukti penting yang sewajarnya diperiksa dan dianalisis secara forensik bagi menentukan sama ada kematian Zara Qairina membabitkan unsur-unsur jenayah atau tidak.

“Kegagalan pihak polis berbuat demikian menimbulkan tanda tanya serius sama ada siasatan mereka (selama ini) hanya fokus ke arah mati mengejut atau bunuh diri sahaja, sedangkan ibu Zara Qairina sudah memfailkan beberapa laporan polis memohon siasatan berkenaan kematian Zara yang mempunyai unsur-unsur jenayah.

“Oleh itu, kami berpendapat kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara adalah tidak lengkap, tidak menyeluruh dan mempunyai fokus yang sangat kecil… apatah lagi, tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara sebelum pengebumiannya,” katanya.

Dalam pada itu, peguam berkenaan berkata pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan beliau terhadap Zara.

“Kami berharap beliau dapat menasihati Peguam Negara supaya mengembalikan semula kertas siasatan kepada pihak polis dan bersetuju dengan cadangan kami mengadakan bedah siasat dan inkues dengan seberapa segera, bagi menentukan punca sebenar kematian dan sekiranya wujud unsur-unsur jenayah dalam kematian,” katanya.

Terdahulu, Anwar memberi jaminan tiada perlindungan diberi kepada mana-mana pihak termasuk pelaku kes membabitkan kematian Zara Qairina yang juga pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha Limaua yang didakwa mempunyai kaitan dengan perlakuan buli.

Tegas Perdana Menteri, kematian dengan cara itu bukan perkara yang dipandang ringan dan mahu siasatan mendalam dilaksanakan oleh pihak berkuasa dengan kadar segera.

BHonline-

Tags: AGCZara Qairina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Kakitangan SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) berasa takut untuk ke tempat awam susulan insiden membabitkan Zara Qairina Mahathir...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd