• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

oleh Mohd Arshad
06/08/2025
dalam Terkini
0
Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memohon supaya tujuh pertuduhan yang dihadapinya, melibatkan kesalahan salah guna kuasa dan penerimaan wang hasil aktiviti haram, digugurkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy semasa prosiding sebutan kes pada Rabu.

Menurutnya, representasi tersebut difailkan pada penghujung Julai lalu dan kini sedang dipertimbangkan oleh pihak AGC. Ia merupakan representasi pertama yang dikemukakan dalam kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 7 Oktober sebagai tarikh sebutan seterusnya. Muhyiddin hadir ke mahkamah hari ini bersama barisan peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad dan Rosli Dahlan.

Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan permintaan rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi pihak parti tersebut iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Datuk Azman Yusoff.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021, berkaitan pelaksanaan projek Jana Wibawa.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Bersatu di AmBank dan CIMB Bank.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di AmBank, cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 7 Jan, CIMB Bank, cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Februari hingga 16 Julai 2021, serta 8 Februari hingga 8 Julai 2022.

-Bernama

Tags: Muhyiddin YassinrepresentasiTPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd