• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah AS Putuskan Sebahagian Besar Tarif Global Trump Tidak Sah

oleh Mohd Arshad
30/08/2025
dalam Terkini
0
Mahkamah AS Putuskan Sebahagian Besar Tarif Global Trump Tidak Sah
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan bahawa sebahagian besar tarif global yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump adalah tidak sah, sekali gus memberi tamparan besar kepada dasar perdagangan unilateral pentadbiran beliau.

Dalam keputusan 7-4 yang diumumkan pada Jumaat, mahkamah menyatakan bahawa Trump telah melampaui kuasa eksekutifnya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) untuk mengenakan tarif ke atas hampir semua rakan dagang AS, termasuk China, Mexico dan Kanada.

Panel hakim menegaskan bahawa IEEPA tidak menyebut secara jelas kuasa untuk mengenakan tarif atau cukai, dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai asas undang-undang untuk tindakan tersebut.

“Kuasa mengenakan tarif adalah hak mutlak Kongres,” menurut penghakiman rasmi mahkamah.

Tarif yang diputuskan sebagai tidak sah termasuk “tarif timbal balik” sebanyak 10 peratus yang dikenakan ke atas hampir semua negara, serta tarif tambahan terhadap negara tertentu atas alasan keselamatan dan kawalan dadah.

Bagaimanapun, tarif lain seperti yang dikenakan ke atas import keluli dan aluminium tidak terjejas kerana ia dilaksanakan di bawah undang-undang berbeza.

Trump mengecam keputusan itu di platform Truth Social, menyifatkannya sebagai “satu bencana” dan berikrar untuk membawa kes itu ke Mahkamah Agung.

“Jika keputusan ini dibenarkan, ia akan memusnahkan Amerika Syarikat,” tulis beliau.

Pentadbiran Trump diberi tempoh sehingga 14 Oktober untuk memfailkan rayuan, dan buat masa ini tarif berkenaan masih kekal berkuat kuasa.

Sekiranya Mahkamah Agung mengekalkan keputusan ini, ia boleh membuka jalan kepada tuntutan ganti rugi oleh syarikat-syarikat yang terjejas akibat tarif tersebut.

Keputusan ini berpotensi mengubah landskap perdagangan antarabangsa AS, yang selama ini bergantung kepada tarif sebagai alat tekanan politik dan rundingan semula perjanjian dagangan.

Ia juga menimbulkan persoalan besar tentang had kuasa eksekutif dalam menetapkan dasar ekonomi luar negara.

-Awani

Tags: mahkamahtarifTrump
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Trump Sembang Babi Terbang…Kata Iran Dah Lumpuh….Tapi Hakikatnya….

Trump Sembang Babi Terbang…Kata Iran Dah Lumpuh….Tapi Hakikatnya….

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TEHERAN – Ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berulang kali mendakwa Iran sudah “lumpuh” dan hampir tewas dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd