• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koroner Baharu Dengar Inkues Kematian Zara Qairina

oleh Mohd Arshad
28/08/2025
dalam Terkini
0
Koroner Baharu Dengar Inkues Kematian Zara Qairina
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, mengesahkan inkues berhubung punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan seperti dijadualkan pada bulan depan.

Namun begitu, inkues yang dijadual bermula pada 3 September akan didengar di hadapan Koroner baharu, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, yang menggantikan Azreena Aziz.

Azreena, yang juga merupakan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, memaklumkan perkara itu dalam prosiding hari ini.

Beliau berkata beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan kerana menetap di Papar, lokasi sekolah agama yang dihadiri Allahyarham Zara Qairina, walaupun beliau tidak mengenali nama-nama yang didakwa terbabit dalam kes itu.

Tarikh inkues telah ditetapkan pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September ini.

Sebelum ini, Mahkamah Koroner membenarkan permohonan peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina untuk diiktiraf sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues serta mendapat akses kepada semua dokumen berkaitan kes tersebut.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan permohonan serupa daripada peguam yang mewakili lima remaja perempuan bawah umur yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu minggu lalu berhubung kes buli berkenaan.

Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus, yang akan bertindak sebagai pegawai pengendali dalam inkues tersebut.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai. Beliau sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya prosiding inkues dilakukan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.

Pada 8 Ogos, AGC memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

Berikutan itu, pada hari berikutnya, kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, digali semula dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi 10 Ogos di tanah perkuburan sama.

Bernama-

Tags: koronerZara Qairina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Kakitangan SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) berasa takut untuk ke tempat awam susulan insiden membabitkan Zara Qairina Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd