• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kucing Diracun, Dicampak Dari Pangsapuri Dirujuk Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar

oleh Mohd Arshad
09/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Kucing Diracun, Dicampak Dari Pangsapuri Dirujuk Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Siasatan kes dera dan bunuh kucing di sebuah pangsapuri di sini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya telah menerima empat laporan berkaitan insiden itu pada Julai lalu.

“Tiada laporan diterima berkaitan kejadian itu pada bulan ini, namun pada bulan lalu kita terima empat laporan serta polis telah melawat lokasi kejadian.

“Tiada kertas siasatan dibuka kerana kes telah dirujuk dan dalam pengetahuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat.,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki didakwa mencampak dua anak kucing dari tempat tinggi di pangsapuri berkenaan.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dikesan apabila beberapa gambar bangkai kucing dan kanak-kanak lelaki daripada rakaman kamera litar tertutup tular di media sosial.

Menerusi hantaran seorang pengguna akaun mendakwa dua anak kucing itu milik seorang penghuni tingkat lima pangsapuri terbabit yang diletakkan di dalam sangkar hadapan rumahnya.

Haiwan peliharaan itu didakwa dilarikan oleh kanak-kanak terbabit dan ditemui mati dengan kesan darah di tingkat empat bangunan sama.

Pada 17 Julai lalu, media melaporkan penduduk pangsapuri berkenaan meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci serta mengambil tindakan terhadap pelaku kejadian penderaan dan pembunuhan kucing yang berlaku di kawasan itu.

Penduduk turut menuntut agar pelaku dikenakan hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 susulan beberapa kejadian kejam melibatkan kucing yang didakwa diracun dan dibuang dari tingkat tinggi sejak awal Julai.

SinarHarian-

Tags: kucingRacunVeterinar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd