• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

oleh Mohd Arshad
21/08/2025
dalam Terkini
0
Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus dan bebas daripada tekanan politik.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Md Shah, berkata pergerakan itu mahu supaya proses perundangan berjalan tanpa campur tangan mana-mana pihak berkepentingan.

Katanya, keadilan yang berat sebelah hanya mencetus persepsi bahawa suara anak muda sedang disekat oleh sang penguasa.

“Pemuda UMNO amat kesal dan memandang serius siasatan dan gesaan pendakwaan terhadap Dr Muhamad Akmal Saleh.

“Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan asas demokrasi negara.

“Kami memahami ia perlu diamalkan dengan penuh tanggungjawab berlandaskan prinsip Rukun Negara, khususnya Kesopanan dan Kesusilaan serta Kedaulatan Undang-Undang.

“Pemuda UMNO percaya dalam ketegasannya, Dr Mohamad Akmal tidak pernah berniat menghasut, sebaliknya ikhlas berpegang pada prinsip mempertahankan kedaulatan dan simbol negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, turut menyeru supaya proses perundangan berjalan tanpa campur tangan mana-mana pihak sekali pun.

Katanya, biarlah mahkamah yang menentukan keadilan bukan tekanan politik atau persepsi jalanan.

“Pemuda UMNO akan terus berdiri teguh bersama Dr Muhamad Akmal dan yakin beliau akan melalui proses ini dengan tabah, berpegang kepada prinsip keadilan serta etika Rukun Negara,” katanya.

Minggu lalu, Dr Muhamad Akmal dilaporkan mengetuai lebih 300 individu daripada UMNO, BERSATU dan PAS mengadakan satu himpunan berhubung isu bendera terbalik di Pulau Pinang.

Susulan itu, DAP mengarahkan sayap Pemudanya, DAPSY di seluruh negara membuat laporan polis terhadap tindakan pemimpin muda UMNO itu.

Sebelum ini, media melaporkan permohonan maaf pemilik premis perkakasan yang mengakui kesilapannya sehingga mencetuskan rasa kurang senang masyarakat di seluruh negara.

Ia selepas beberapa platform media sosial menyiarkan rakaman berdurasi 21 saat memaparkan tindakan pemilik kedai berusia 59 tahun itu mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik pada sebatang besi sebelum seorang pekerjanya merakam aksi berkenaan.

Perbuatan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang mahu tindakan diambil susulan kejadian seumpama itu dilihat semakin menjadi-jadi, terutama ketika negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-68.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BHonline-

Tags: Kes Dr AkmalPemuda UMNOpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

‘Sekali Jadi Doktor, Selamanya Adalah Doktor’

‘Sekali Jadi Doktor, Selamanya Adalah Doktor’

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempamerkan sikap prihatin seorang pemimpin dengan membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd