• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai

oleh Mohd Arshad
22/08/2025
dalam Terkini
0
Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM dalam kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, ia dipacu oleh kadar inflasi kumpulan Insurans dan perkhidmatan kewangan yang meningkat kepada 5.5 peratus berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“Peningkatan inflasi Malaysia turut didorong oleh kumpulan restoran dan perkhidmatan penginapan, 3.1 peratus (Jun 2025: 2.8 peratus) dan pengangkutan, 0.4 peratus (Jun 2025: 0.3 peratus), meningkat lebih tinggi pada Julai 2025 berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

DOSM berkata, peningkatan ketara itu disebabkan kenaikan caj premium insurans faedah hospital, 14.7 peratus (Jun 2025: 0.4 peratus) dan premium termasuk caj perkhidmatan insurans untuk motosikal/skuter, 1.8 peratus (Jun 2025: 1.3 peratus).

Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) naik lebih perlahan 1.9 peratus pada Julai 2025 berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, katanya.

“Ini disumbangkan oleh inflasi subkumpulan makanan di luar rumah, 4.3 peratus (Jun 2025: 4.7 peratus) dan makanan di rumah yang menurun kepada negatif 0.3 peratus (Jun 2025: -0.4 peratus),” kata DOSM.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, 58.3 peratus item tersenarai dalam IHP (334 daripada 573) merekodkan kenaikan harga.

“Bagaimanapun,daripada jumlah tersebut, 322 item (96.4 peratus) mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala hanya 12 item merekodkan kenaikan melebihi 10 peratus pada Julai, 2025.

“Baki sebanyak 189 item (33.0 peratus) menunjukkan penurunan dan 50 item kekal tidak berubah,” katanya.

Mohd Uzir berkata, kedua-dua inflasi bahan api petrol tanpa plumbum RON97 dan diesel masih kekal pada jajaran negatif, masing-masing pada negatif 7.8 peratus (Jun 2025: -10.4 peratus) dan negatif 7.1 peratus (June 2025: -3.4 peratus).

“Purata harga petrol tanpa plumbum RON97 pada Julai 2025 ialah RM3.20 seliter berbanding RM3.47 seliter pada Julai 2024 (Jun 2025: RM3.11)

“Sementara itu, purata harga Diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM2.89 seliter berbanding RM3.35 seliter pada Julai 2024 (Jun 2025: RM2.78). Manakala, purata harga Diesel bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter,” katanya.

Berhubung dengan inflasi di peringkat negeri, 12 negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional, 1.2 peratus dengan Kelantan merekodkan inflasi terendah (0.0 peratus) pada Julai, 2025.

“Namun begitu, empat negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Johor (1.8 peratus), Selangor (1.5 peratus), Negeri Sembilan (1.4 peratus) dan Melaka (1.3 peratus). Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman kecuali Kelantan (-0.1 peratus),” katanya.

-Bernama

Tags: Inflasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi...

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana 2.0-3.5 Peratus – BNM

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana 2.0-3.5 Peratus – BNM

17/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd