• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

oleh Mohd Arshad
08/08/2025
dalam Terkini
0
Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September daripada paras semasa didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng yakin bahawa logam berharga itu berpotensi untuk terus meningkat berikutan jangkaan perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil antara dolar AS dan Ringgit Malaysia akan merangsang permintaan.

“Ketika ini, harga emas berada pada sekitar AS$3,370 (RM14,292) seauns meningkat sebanyak 28 peratus daripada AS$2,630 (RM11,153) pada awal tahun sebahagian besarnya disebabkan oleh ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran.

“Jika dilihat pada corak harga, ia bergerak secara mendatar dalam tempoh tiga bulan lepas dan saya menjangkakan akan berlaku satu lonjakan harga selepas Fed mengumumkan pemotongan kadar faedahnya yang dijangka berlaku sekitar September,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Louis yang juga Pengerusi Eksekutif Public Gold Marketing Sdn Bhd ketika ditanya sama ada perang Rusia-Ukraine, konflik antara AS dan Israel terhadap Iran serta perang perdagangan AS-China memberi kesan terhadap permintaan emas sebagai aset pelaburan selamat, beliau berkata momentum daripada konflik tersebut kini “sudah mula mereda.”

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa satu-satunya faktor utama yang dijangka menyumbang kepada lonjakan harga emas adalah pemotongan kadar faedah oleh Fed.

“Berdasarkan jangkaan itu, harga selepas September boleh meningkat lagi sekitar 10 peratus, iaitu kira-kira AS$300 (RM1,272) hingga AS$400 (RM1.696) seauns daripada harga semasa. Kemungkinan untuk ia meningkat sangat tinggi,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: emasharga emas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

19/06/2024
0

Kerajaan negeri Sarawak bercadang membawa masuk teknologi perlombongan terbaharu dari Kanada untuk menggali sumber logam berharga di negeri itu, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd