• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Counter Setting Di KLIA: SPRM Reman 2 Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,000

oleh Mohd Arshad
20/08/2025
dalam Jenayah
0
Counter Setting Di KLIA: SPRM Reman 2 Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) direman bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM400,000 untuk membolehkan warga asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, memasuki negara ini tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Majistret Wahidah Zainal Abidin membenarkan dua suspek berkenaan direman tujuh hari hingga 26 Ogos ini, selepas meneliti permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua lelaki berusia 40-an itu ditahan serentak di Nilai, Negeri Sembilan, dan Johor Bahru, Johor, Isnin lalu.

Katanya, ia susulan operasi besar-besaran dilancarkan SPRM untuk membanteras sindiket ‘counter setting’ di KLIA1 dan KLIA2.

“Suspek dipercayai meraih wang rasuah mencecah ratusan ribu ringgit bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba di KLIA (untuk memasuki Malaysia), tanpa melalui prosedur ditetapkan.

“Mereka dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2022 dan 2024. Susulan penahanan dua pegawai terbabit, SPRM turut merampas sejumlah wang tunai dan membekukan beberapa akaun bank mereka,” katanya.

Sumber itu memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan, sekali gus tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan membabitkan rangkaian sindiket berkenaan akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua pegawai imigresen terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

BHonline-

Tags: counter settingKLIApegawai imigresenSPRM
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd