• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Ditahan Di Bangsar South, Disyaki Sindiket Scammer Dalam Talian Terbesar Di KL

oleh Mohd Arshad
28/08/2025
dalam Terkini
0
400 Ditahan Di Bangsar South, Disyaki Sindiket Scammer Dalam Talian Terbesar Di KL
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 400 individu dipercayai ahli sindiket penipuan dalam talian ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis di Bangsar South, di sini, kelmarin, dipercayai dijadikan sebagai pusat panggilan.

Difahamkan, penahanan mereka termasuk warga asing dan wanita itu kira-kira jam 11 pagi susulan maklumat awam dan risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama polis kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan serbuan dan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

“Siasatan masih berjalan memandangkan tangkapan dilakukan begitu ramai. Satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara, selepas menahan ratusan individu dalam serbuan ke atas sebuah bangunan komersil di Bangsar South.

Sekurang-kurangnya lima tingkat bangunan terbabit dipercayai menempatkan pusat panggilan sindiket itu.

Difahamkan, kumpulan lelaki dan wanita yang ditahan itu dibawa dengan tujuh kenderaan secara berperingkat ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Tangkapan itu turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan berkenaan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian.

Syarikat itu didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.

BHonline-

Tags: Bangsar SouthklSindiket Scammer Dalam Talian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

Polis KL Rampas 19.5 Juta Kilogram Dadah, Tahan Tiga Individu

Polis KL Rampas 19.5 Juta Kilogram Dadah, Tahan Tiga Individu

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Polis merampas sebanyak 19.5 kilogram dadah jenis ketamin dan ekstasi bernilai RM1.6 juta dalam satu operasi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd