• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

oleh Mohd Arshad
02/07/2025
dalam Terkini
0
Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah
Share on FacebookShare on Twitter

PENGKALAN HULU – Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 5.16 petang.

Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati mangsa berusia 76 tahun telah terbaring tidak lagi memberi sebarang tindak balas sehinggalah pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan mengesahkan kematiannya.

“Mangsa dipercayai terkena libasan pokok getah sewaktu menebang di kebunnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat dari kawasan kebun sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, operasi melibatkan lapan anggota bersama dua jentera tamat jam 7 malam.

-Sinar Harian

Tags: mautPokok Getahwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd