• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

oleh Mohd Arshad
18/07/2025
dalam Terkini
0
Titah Adendum: PM Sedia Bincang
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi membincangkan atau sebarang tindakan yang perlu berhubung Titah Adendum.

Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak boleh mendahului mahkamah dalam hal tersebut.

“Semalam dalam pertemuan Ketua UMNO Bahagian menggesa supaya ada pelaksanaan (Titah Adendum).

“Saya hendak tekankan, perkara ini telah dirujuk kepada mahkamah dan saya tidak boleh mendahului.

“Keduanya, saya telah beritahu kepada Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin UMNO bahawa saya sedia mengadakan perbincangan, memberi penjelasan sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat di Surau Al-Istiqlal, Presint 14, di sini pada Jumaat.

Dalam pertemuan di sebuah hotel di Ibu Negara, seramai 160 ketua UMNO bahagian sebulat suara mendesak pelaksanaan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikeluarkan 4 Januari lalu.

Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjalani baki hukuman penjara secara tahanan dalam rumah.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah yang mewakili kumpulan itu turut mendesak agar Peguam Negara menarik balik permohonan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Januari 2025.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkaitan skandal 1MDB iaitu penyelewengan dana SRC International.

Beliau yang beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 telah mendapat perkenan Lembaga Pengampunan Diraja pada 2 Februari tahun lalu menjadikan hukuman penjara dikurangkan kepada enam tahun serta denda RM50 juta.

BHonline-

Tags: Anwar Ibrahimtitah adendumUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

15,000 Dijangka Hadir Himpunan Turun Anwar, 2,000 Polis Akan Berkawal

Next Post

Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik

Related Posts

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

Kes Zara Qairina: ‘Siasatan Telus, Tiada Sesiapa Dilindungi’ – Anwar

09/08/2025
0

KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan terhadap kes Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada...

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa...

Next Post
Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik

Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd