• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

oleh Mohd Arshad
21/07/2025
dalam Jenayah
0
Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan lembu betina untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sumber berkata, penyeludup dadah dipercayai mengeksploitasi anatomi lembu betina dengan menyembunyikan bungkusan dadah dalam rahim haiwan berkenaan.

“Pengedar dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan mungkin memilih lembu betina kerana haiwan ini mempunyai rahim.

“Ini memudahkan penyembunyian dan pengangkutan bahan terlarang itu tanpa menimbulkan kecurigaan,” katanya yang arif dengan kegiatan haram itu.

Sumber berkata, lembu jantan jarang digunakan dalam operasi sebegini disebabkan tindak balas fisiologi mereka.

Katanya, lembu jantan secara umumnya lebih sensitif jika sebarang objek asing dimasukkan melalui rektum.

“Ini menyebabkan lembu itu mudah membuang air besar, sekali gus mendedahkan barang yang disorokkan,” katanya.

Sumber berkata, kaedah ini dipercayai sebahagian daripada strategi sindiket yang lebih besar untuk mengelak pengesanan oleh agensi penguatkuasaan di sempadan, terutama di kawasan lintasan ternakan berhampiran laluan haram.

“Pihak berkuasa menerima maklumat mengenai perkara ini beberapa bulan lalu, namun setakat ini, tiada bukti kukuh diperoleh,” katanya.

Pasukan keselamatan di negeri ini mempertingkatkan pemeriksaan di laluan ternakan, khususnya di lokasi yang dikenali sebagai kawasan panas penyeludupan seperti Jeram Perdah dan Kubang Pak Hitam.

Walaupun pihak berkuasa menemui kesan tapak kaki lembu yang masih segar dan dipercayai milik haiwan diseludup dari negara jiran berhampiran Sungai Golok, mereka hanya menjumpai kandang kosong kerana lembu berkenaan sudah tiada di lokasi.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, risikan polis Kelantan menunjukkan pengedar dadah menyembunyikan bahan terlarang itu dalam perut haiwan ternakan yang diimport dari negara jiran.

Katanya, haiwan terbabit terutama lembu dan kambing dibawa masuk ke negeri ini melalui laluan sah, namun timbul syak selepas menerima laporan mengenai tingkah laku luar biasa haiwan terbabit ketika dalam tempoh kuarantin.

BHonline-

Tags: Lembusorok dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd