• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

oleh Mohd Arshad
13/07/2025
dalam Politik
0
‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina selepas memenangi pilihan raya.

Beliau sebaliknya berkata, tumpuan DAP kini adalah untuk terus bekerja demi rakyat dan menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian semasa pilihan raya nanti.

“Saya malas nak layan MCA… tak perlu layan banyak. Kita buat kerja kita, rakyat akan tahu menilai. MCA tak perlu sibuk nak menilai kita, itu bukan tugas mereka. Yang menilai kita adalah pengundi dan rakyat. Nanti masa pilihan raya, kita akan tahu,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis hi-tea bersama pelajar cemerlang STPM di Klana Resort Seremban.

Pada Sabtu, MCA mengeluarkan kenyataan menuduh DAP bergantung sepenuhnya kepada undi masyarakat Cina untuk menang pilihan raya, namun didakwa mengabaikan mereka selepas memperoleh mandat.

Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, sikap DAP sering mungkir janji dan tidak mengendahkan suara rakyat membuktikan parti itu hanya memperdaya pengundi demi meraih sokongan.

Beliau turut menyatakan bahawa DAP kini seolah-olah meninggalkan masyarakat Cina dalam hampir semua isu besar negara, dan menyifatkannya sebagai fakta yang tidak boleh disangkal.

SinarHarian-

Tags: Anthony LokeDAPMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

PRN Sabah: MCA Diberi Ruang Bertanding

PRN Sabah: MCA Diberi Ruang Bertanding

12/10/2025
0

KUALA SELANGOR: MCA diberi ruang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 (PRN17), kata Datuk Seri Dr Ahmad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd