• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

oleh Mohd Arshad
23/07/2025
dalam Terkini
0
Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dianggap melebihi jangkaan, khususnya bagi individu yang sebelum ini tidak layak menerima inisiatif berkenaan.

Di KEDAH, suri rumah Syazwani Ahmad, 32, dari Simpang Empat, menyifatkan inisiatif itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap semua golongan rakyat tanpa mengira status penerimaan terdahulu.

“Tak sangka juga pengumuman tadi. Syukur, kali ini suami pun dapat, bolehlah kami beli stok barangan lebih sikit untuk dua bulan. Harap inisiatif untuk semua ini dapat dilaksanakan juga suatu hari nanti, demi meringankan beban rakyat yang kian terbeban,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi Mazidah Hashim, 29, dari Tobiar, Pendang yang teruja apabila buat pertama kali dapat ‘merasa’ bantuan itu.

“Alhamdulillah, walaupun sekali bayar, ia berita yang menggembirakan. Dapatlah guna MyKad tebus beli barangan dapur bersama suami,” kata suri rumah itu.

Di NEGERI SEMBILAN, seorang penjawat awam Muhd Nazim Mohamad, 33, menyambut baik pemberian tersebut yang menurutnya amat membantu dalam menghadapi tekanan kewangan seharian.

“Sebelum ini hanya isteri saya dapat bantuan itu…tetapi kali ini saya juga dapat, memang terasa leganya, boleh buat beli barang keperluan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dalam pengumuman penghargaan untuk rakyat berkata pemberian sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu, merupakan ikhtiar segera kerajaan untuk meringankan beban sara hidup, dengan manfaat disalurkan kepada 22 juta warganegara menerusi peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Perdana Menteri berkata, jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk tahun ini, dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.

Di TERENGGANU, inisiatif itu disambut dengan penuh syukur oleh rakyat termasuk seorang pekerja kedai makan di Kampung Tapah, Hulu Terengganu Nur Natasya Nadiah Mohd Hamdan, 20, yang mengakui bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarganya menjimatkan perbelanjaan barangan dapur.

“Ayah kerja sendiri sahaja…mak pula tak bekerja. Saya anak sulung dan ada empat adik yang masih bersekolah. Alhamdulillah dengan bantuan ini bolehlah saya beli barang makanan rumah. Duit gaji ayah boleh jimat untuk belanja sekolah adik-adik,” katanya ketika ditemui hari ini.

Senada dengan itu, Muhammad Firdaus Rino, 27, dari PERAK berkata pemberian itu akan dimanfaat untuk barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak.

“Boleh meringankan beban sikit kerana saya akan habiskan dalam RM300 juga sebulan untuk keperluan barangan anak,” katanya.

Sementara itu, di PERLIS, seorang peniaga kecil di Tambun Tulang dekat Arau Muhammad Khairul Azim Insomuddin, 29, berkata pemberian RM100 itu menunjukkan kesungguhan dan ikhtiar kerajaan pusat untuk membantu rakyat.

Di KELANTAN, seorang pelajar universiti awam Aqilah Mat Nor, 22, berkata bantuan SARA amat bermakna untuk pelajar sepertinya yang menanggung belanja harian sendiri di kampus.

“Boleh guna beli roti, telur atau sabun basuh baju untuk sebulan. Kami pelajar ini kalau dapat bantuan sikit pun sangat lega,” katanya.

Di PAHANG, seorang pelajar Kolej Poly Tech MARA Kuantan Daniel Faiz Mohd Amir, 20, berkata ia sangat membantu golongan bujang dan pelajar.

“Saya ada lapan orang kawan duduk di rumah bujang. Jadi SARA ini bila semua orang dapat, ia membantu kami beli barang macam makanan seperti mi segera, biskut dan sebagainya,” katanya.

-BERNAMA

Tags: pengumumanPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd