• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 936 Ayam Sabung Baka Filipina Tanpa Lesen

oleh Mohd Arshad
28/07/2025
dalam Jenayah
0
Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 936 Ayam Sabung Baka Filipina Tanpa Lesen
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk dua warga asing yang didapati menyimpan ayam sabung baka dari Filipina tanpa lesen sah ditahan polis dalam serbuan di Papar, Sabah, pada Jumaat lalu.

Serbuan jam 10.30 pagi itu dijalankan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Pengarah JKDNKA Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, Pasukan Gerakan Am Kota Kinabalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kota Kinabalu dan Majlis Daerah Papar.

“Semasa serbuan ke atas sebuah premis di Kampung Kambizaan, Jalan Kayau, Papar, pihak kami berjaya menahan tiga lelaki masing-masing seorang lelaki tempatan, warga Indonesia dan Filipina berusia antara 38 hingga 59 tahun.

“Hasil pemeriksaan dijalankan membawa kepada rampasan 936 ekor ayam sabung dipercayai baka dari Filipina yang masih hidup, besi penanda ayam Filipina (107), sangkar (30) dan pelbagai jenis peralatan suntikan serta ubat-ubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM4,684,825.20.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 kerana kesalahan mengimport haiwan tanpa lesen dikeluarkan pihak veterinar.

Dalam pada itu, Azmi berkata, bagi tempoh Januari hingga semalam sebanyak 179 serbuan dijalankan di seluruh negara dengan seramai 314 orang berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan subsidi, penjualan senjata tiruan, penyeludupan hidupan liar serta e-waste membabitkan keseluruhan rampasan lebih RM550 juta.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempergiatkan risikan dan operasi bagi menjejaki serta membanteras kegiatan itu dengan lebih berkesan demi keselamatan serta ketenteraman awam.

Beliau turut meminta orang awam memberi maklumat kepada PDRM untuk membanteras jenayah itu sepenuhnya.

-Harian Metro

Tags: Ayam SabungpolisrampasTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd