• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

oleh Mohd Arshad
23/07/2025
dalam Terkini
0
Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak berkuasa seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, meskipun Perkara 10(1)(a) dan 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan bersuara serta hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, namun hak-hak tersebut tidak bersifat mutlak.

Menurut kenyataan itu, sebarang perhimpunan awam adalah tertakluk kepada keperluan mematuhi undang-undang sedia ada, termasuk arahan khusus yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti arahan KSN kepada penjawat awam.

“Dalam hal ini, seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada Surat Aku Janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 20(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

“Berdasarkan Surat Aku Janji tersebut, setiap pegawai awam bertanggungjawab untuk mematuhi segala peraturan, termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan,” katanya.

Pada Ahad lalu, Shamsul Azri mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan, termasuk Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini, 26 Julai.

Ini kerana, katanya, penjawat awam tertakluk kepada ikrar yang dilafazkan setiap minggu iaitu sentiasa setia kepada Raja dan negara.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara turut menjelaskan bahawa tanggungjawab khusus pegawai awam yang telah ditetapkan melalui peraturan tersebut termasuk memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan pada setiap masa.

Menurut kenyataan itu lagi, penjawat awam juga dikehendaki untuk tidak berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam serta tidak boleh membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kegagalan mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan boleh mengakibatkan tindakan tatatertib.

-Sinar Harian

Tags: AGCPenjawat AwamSurat Aku Janjiundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd