• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

oleh Mohd Arshad
05/07/2025
dalam Politik
0
PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-71, September depan.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahya, berkata parti itu tidak mempunyai sebab untuk mengubah keadaan itu.

“PAS bersikap terbuka dan tidak dibataskan untuk mana-mana jawatan dipertandingkan, bahkan dalam perlembagaan kami, PAS memberi hak kepada ahli memilih dan untuk dipilih.

“Namun untuk jawatan presiden, PAS di seluruh negara masih mahu Tan Sri Abdul Hadi kekal sebagai presiden parti. Tidak timbul isu berhubung kerusi presiden.

“Bukan hanya parti dan Perikatan Nasional (PN), bahkan negara dan dunia turut perlukan Tan Sri Abdul Hadi berdasarkan pengalaman, ilmu serta hubungan antarabangsa beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kelantan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Dewan Ulama PAS akan menerima senarai pencalonan untuk dinilai akhir bulan ini sehingga bulan depan.

-Berita Harian

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd