• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022

oleh Mohd Arshad
06/07/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Sebar Video Aib Isteri Tidak Miliki Tauliah Beri Ceramah Agama Sejak 2022
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Tauliah mengajar agama penceramah bebas yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes penyebaran video seks isterinya, ditarik balik pada 2022.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin, berkata suspek juga pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada September tahun lalu kerana mengajar agama tanpa tauliah, sekali gus bertentangan dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Katanya, kes terbabit masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.

“Dalam kes itu, seorang pentadbir surau turut disiasat kerana didakwa menyebabkan ceramah tanpa tauliah dijalankan.

“JAIS sentiasa memantau perkara terbabit dan tindakan undang-undang serta tatatertib sewajarnya akan diambil terhadap pihak berkaitan.

“MAIS kesal dengan sikap beberapa individu yang terus mengajar agama di Selangor walaupun tidak mempunyai tauliah atau tarikh tauliah luput,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Salehuddin berkata, masih ada penceramah bertauliah melanggar syarat tauliah dan etika ditetapkan.

“Ini berlaku kerana ada segelintir pentadbir masjid dan surau tidak memantau penceramah yang mengajar di masjid dan surau.

“Sikap begini akan mengundang persepsi negatif masyarakat dan memberi imej buruk terhadap Islam dan agensi Islam,” katanya.

Sejak 2022, Salehuddin berkata, MAIS menarik balik tauliah mengajar agama daripada 35 individu kerana kesalahan perlanggaran syarat tauliah mengajar, melakukan pengajaran bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, melakukan jenayah dan memegang jawatan dalam politik.

BHonline-

Tags: penceramah bebasvideo aib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penceramah Bebas Mengaku Tak Bersalah Buat Hantaran Jelik Hina Agong

Penceramah Bebas Mengaku Tak Bersalah Buat Hantaran Jelik Hina Agong

11/07/2023
0

IPOH: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

29/11/2022
0

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd