• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

oleh Mohd Arshad
19/07/2025
dalam Terkini
0
Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan
Share on FacebookShare on Twitter

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan media antarabangsa menetap di Shanghai, China menggunakan pasport antarabangsa palsu.

Perdana Menteri dalam maklum balas ringkas kepada media memberitahu akan menyemak perkara itu dengan Menteri Dalam Negeri bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung individu yang menjadi dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbabit.

“Saya tidak dapat maklumat. Kita (Malaysia) belum dapat apa-apa maklumat. Bagi saya semak dahulu, saya sudah baca (laporan berita).

“Saya akan semak dengan Menteri Dalam Negeri (KDN),” katanya selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan yang mendakwa Jho Low yang dikehendaki dalam kes penyelewengan dana berbilion ringgit itu dipercayai menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.

Menerusi pendedahan itu, Jho Low dilaporkan menetap di kawasan eksklusif Green Hills selain memandu kereta mewah dan didakwa beroperasi dari pejabatnya yang terletak di Pusat Kewangan Shanghai meskipun Malaysia masih giat menuntut proses ekstradisinya.

Lebih mengejutkan, laporan itu turut mendedahkan bahawa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

-Harian Metro

Tags: Jho LowKDNKes 1MDBpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

Nasib Najib Bagi Kes 1MDB Diputuskan Sehari Selepas Krismas

Nasib Najib Bagi Kes 1MDB Diputuskan Sehari Selepas Krismas

31/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kes penyelewengan dana milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd