• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Dijel 10 Tahun, 10 Sebat Mengaku Rogol Anak Di Ruang Tamu

oleh Mohd Arshad
01/07/2025
dalam Jenayah
0
Bapa Dijel 10 Tahun, 10 Sebat Mengaku Rogol Anak Di Ruang Tamu
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Pekerja pemasang jubin dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan merogol anak kandung di rumahnya di Batu Pahat, tahun lalu.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 46 tahun selepas mengambil kira pengakuan bersalah serta rayuan dibuat lelaki itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun yang dilarang mengikut undang-undang untuk berkahwin dengannya, antara jam 2.30 hingga 4 petang, 28 Ogos lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat ibu mangsa yang juga isteri tertuduh selepas seorang anak melihat bapanya melakukan sesuatu terhadap kakaknya di ruang tamu rumah.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari sekolah dan berehat di ruang tamu sambil bermain telefon dengan tertuduh datang ke arahnya lalu melakukan perbuatan itu.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit. Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang ke rumah pada petang hari kejadian dengan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, 10 malam hari sama.

Bertindak atas laporan dibuat, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek tidak jauh dari lokasi kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BHonline-

Tags: bapa dijelrogol anakruang tamu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

23/12/2024
0

MUAR: Seorang lelaki warga Kemboja dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana...

Empat ‘Superman’ LPT1 Didakwa Di Mahkamah

Pemandu Lori Didakwa Rogol Anak Di Hotel

29/12/2023
0

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd