• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

oleh Mohd Arshad
23/06/2025
dalam Politik
0
UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun menegaskan pimpinan Tertinggi UMNO belum menerima sebarang usul berkenaan yang dikatakan dibuat UMNO Bahagian Sembrong.

“Semua (UMNO) Bahagian boleh buat usul atau permohonan mereka. Tidak ada masalah. Itu hak mereka. Tapi bagi saya, parti UMNO ini seperti mana parti-parti politik. Memang UMNO adalah parti yang mempunyai cara mereka sendiri.

“Setakat ni saya tidak jumpa apa-apa permohonan (berhubung usul tarik balik penggantungan Hishammuddin) lagi. Setakat ini saya tidak nampak apa-apa permohonan. Mungkin dalam mesyuarat pengurusan (UMNO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan UMNO Bahagian Sembrong supaya Hishammuddin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian itu diterima semula dalam kepemimpinan parti.

Perkara itu dibangkitkan ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Rumah Komuniti UMNO Sembrong, Sabtu lalu.

Difahamkan ini tahun kedua UMNO Bahagian Sembrong membawa usul supaya penggantungan Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa syarat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ketika berucap merasmikan mesyuarat itu memulakan ucapan dengan mengenang peranan besar Hishammuddin yang dianggap sebagai ‘sifu’ dalam permulaan karier politiknya.

“Sembrong ini bukan sekadar kawasan politik, ia tempat saya mula belajar dan mengenal erti perjuangan dan orang yang membawa saya ke sini ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,” katanya.

Onn Hafiz berkata, walaupun Hishammuddin tidak hadir dalam majlis berkenaan, usul dikemukakan mencerminkan penghargaan ahli akar umbi terhadap kepemimpinan Hishammuddin.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Hishammuddin HusseinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd