• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

oleh Mohd Arshad
25/06/2025
dalam Terkini
0
Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu secara tidak jujur menyebabkannya memperoleh keuntungan secara salah dan kerugian kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Hakim Datuk Noorin Badaruddin ketika membacakan keputusan itu antara lain menyatakan bahawa tuduhan pertama dihadapi oleh Syed Saddiq, iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, adalah tidak berasas.

Noorin dalam penghakiman panel itu berkata, pendakwaan gagal membuktikan niat tidak jujur Syed Saddiq ketika memberikan arahan supaya wang RM1 juta dikeluarkan daripada dana ARMADA.

Beliau yang membacakan keputusan selama lebih sejam, berkata tuduhan bersubahat tidak dapat dikekalkan kerana tiada bukti bahawa saksi utama pendakwaan, iaitu bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, telah mengeluarkan wang RM1 juta secara tidak jujur.

Hakim itu berkata, malah saksi itu mengakui bahawa beliau mengeluarkan wang berkenaan daripada dana ARMADA kerana ‘mengikut arahan YB Syed Saddiq’.

“Tindakan menyebabkan, mengarahkan atau menyuruh seseorang mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai membelanjakan wang berkenaan.

“Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi unsur actus reus (perlakuan jenayah). Dakwaan ketidakjujuran Syed Saddiq yang membawa kepada keuntungan secara salah kepadanya atau kerugian secara salah kepada ARMADA, tidak dapat dibuktikan.

“Hakim Mahkamah Tinggi gagal menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan menyebabkan kekhilafan ketika membuat keputusan mensabit dan menghukum perayu. Ini memerlukan campur tangan mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Noorin berkata pendakwaan juga gagal menunjukkan bukti berwibawa bagi menyokong tuduhan kedua, iaitu menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE).

Beliau berkata, tiada bukti yang menghubungkan kes pendakwaan bahawa wang berjumlah RM120,000 yang dikeluarkan itu, adalah milik ABBE atau Syed Saddiq.

Katanya, oleh itu tiada bukti bahawa perayu menyalahgunakan wang terbabit.

Menurut Noorin, mahkamah juga mendapati bahawa hakim perbicaraan telah melakukan kesilapan apabila beliau gagal menyoal isu utama iaitu siapa pemilik wang itu.

“Kami mendapati, berdasarkan bukti yang dikemukakan, RM120,000 itu adalah milik perayu dan oleh itu, tiada kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dilakukan oleh perayu.

“Berkaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram, mahkamah mendapati bahawa tiada dapatan dibuat oleh hakim perbicaraan berkenaan pembelaan perayu bahawa wang dalam kedua-dua pertuduhanbukan hasil daripada aktiviti haram.

“Tiada pertimbangan langsung terhadap pembelaan perayu bahawa beliau tiada sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa RM100,000 yang dimasukkan ke dalam akaun ASB miliknya adalah hasil daripada aktiviti haram atau berkaitan dengan kesalahan yang dijadualkan,” katanya..

Berkaitan hujahan pembelaan bahawa Rafiq mengubah suai keterangan untuk ‘menyenangkan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noorin berkata mahkamah mendapati hujahan itu berasas kerana wujud tekanan terhadap saksi semasa memberikan keterangan.

“Ia menimbulkan kemungkinan bahawa SPRM mungkin telah memberikan tekanan dalam kes ini,” katanya.

Hakim itu berkata, oleh kerana mahkamah tidak boleh bergantung kepada tuduhan salah guna wang berjumlah RM120,000 itu, maka pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atas Syed Saddiq juga tidak dapat dipertahankan.

Dalam pada itu, Ahmad Zaidi berkata mahkamah membenarkan rayuan Syed Saddiq kerana mendapati sabitan oleh Mahkamah Tinggi adalah tidak selamat.

“Oleh itu, sabitan dan hukuman diketepikan,” katanya.

BHonline-

Tags: armadaMahkamah RayuanSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd