• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

oleh Mohd Arshad
29/06/2025
dalam Terkini
0
Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh, Pulau Tioman semalam, ditemukan selamat pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata Eliza M Yusup, 44, dijumpai orang awam yang sedang melakukan aktiviti selam snorkel di Pulau Tulai kira-kira 8.45 pagi tadi.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat dan dilaporkan sihat. Dia dihanyutkan arus sejauh 1.4 kilometer dari lokasi asal sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan tiba ke Pulau Tulai kira-kira 11.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek untuk pemeriksaan lanjut.

Sharif Shai berkata mangsa menyertai aktiviti menyelam bersama sembilan penyelam lain serta seorang pengajar di perairan Pulau Chebeh kira-kira 11 pagi semalam dan dipercayai hilang selepas melakukan aktiviti terbabit secara sendirian.

“Selepas kira-kira 45 minit, pengajar menyedari mangsa masih belum muncul lalu cuba mencarinya, tetapi gagal. Pengajar itu kemudian mendapatkan bantuan penduduk Kampung Salang dan anggota polis untuk operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan semalam terpaksa dihentikan pada 6.30 petang berikutan hujan lebat dan ribut, sebelum disambung semula hari ini dengan bantuan Pasukan Polis Marin Tanjung Gemok.

–BERNAMA

Tags: menyelamPensyarahPULAU TIOMAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

21/12/2024
0

Putrajaya: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd