• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Pedo Bongkar Pelajar Miliki 5,000 Bahan Lucah Kanak-kanak

oleh Mohd Arshad
19/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Op Pedo Bongkar Pelajar Miliki 5,000 Bahan Lucah Kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegiatan durjana seorang penuntut sebuah universiti yang memiliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) serta bahan lucah dewasa dalam peranti miliknya terbongkar apabila dia ditahan dalam Op Pedo baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, perbuatan terkutuk itu turut dihasilkan sendiri oleh suspek berusia 20 tahun, melibatkan dua mangsa kanak-kanak tempatan.

Lelaki terbabit ditahan pada 29 April lalu di Pasir Gudang, Johor oleh sepasukan Unit Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Polis Kontinjen Johor hasil kerjasama dengan pihak Google.

Ketua Penolong Pengarah D11 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pemeriksaan menemui 5,000 bahan CSAM dan bahan lucah dewasa dalam peranti milik suspek yang dipercayai dimuat turun daripada internet. Terdapat juga bahan yang disyaki dihasilkan sendiri oleh suspek, melibatkan dua kanak-kanak tempatan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mengeksploitasi secara seksual dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan sembilan tahun yang juga sepupunya.

“Suspek dipercayai merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit dalam beberapa kejadian di tiga lokasi berbeza iaitu di Selangor, Pahang dan Kelantan.

“Polis telah merampas telefon bimbit serta komputer riba untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Siti Kamsiah berkata, tiga kertas siasatan berasingan telah dibuka untuk siasatan di kontinjen-kontinjen berkaitan.

“Bagi kes memiliki CSAM dan bahan lucah, suspek telah dituduh di Johor pada 22 Mei lalu, mengaku bersalah dan membayar denda RM5,000.

“Bagi kesalahan merakam perbuatan bersama kanak-kanak terbabit di kediaman keluarga suspek di Sungai Buloh antara tahun 2023 hingga 2025, suspek telah dituduh hari ini (Khamis) di Klang,” jelasnya.

Tambahnya, siasatan bagi kejadian merakam perbuatan memandikan salah seorang mangsa di sebuah tandas di kebun sawit di Maran, Pahang, masih dalam kajian pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Bagi kejadian di Kelantan pula, yang berlaku pada tahun lalu dan tahun ini di rumah nenek suspek, siasatan juga masih dalam kajian pihak Peguam Negara,” katanya.

SinarHarian-

Tags: bahan lucahOp Pedo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Op Pedo: 13 Lelaki Ditahan Di Seluruh Negara

Op Pedo: 13 Lelaki Ditahan Di Seluruh Negara

24/12/2024
0

Kuala Lumpur : Seramai 13 lelaki yang disyaki terbabit penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) diberkas dalam serbuan berasingan di enam negeri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd