• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

oleh Mohd Arshad
05/06/2025
dalam Terkini
0
Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Malaysia amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi yang menggesa gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menegaskan kegagalan berulang Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan menangani satu daripada tragedi kemanusiaan yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, berikutan penggunaan kuasa veto sememangnya dikesali dan amat mengecewakan.

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang membunuh orang awam, tindakan genosid dan menggunakan kebuluran serta sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang,” menurut kenyataan itu.

Di sebalik kegagalan Majlis Keselamatan, kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra berkata masyarakat antarabangsa perlu meneruskan usaha-usaha untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di Asia Barat.

“Rejim Zionis Israel sepatutnya sedar bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat adalah melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu.

Pendekatan ini kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia dan selaras dengan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa, menurut Wisma Putra.

Amerika Syarikat (AS) semalam memveto draf resolusi UNSC yang menggesa “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal” di Semenanjung Gaza, menurut laporan media antarabangsa.

Draf itu, yang dicadangkan oleh Slovenia bagi pihak 10 ahli Majlis – Algeria, Denmark, Greece, Guyana, Panama, Pakistan, Korea Selatan, Sierra Leone, Somalia dan Slovenia – menerima 14 undi yang menyokong.

Resolusi itu menyatakan “kebimbangan yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang dahsyat, termasuk risiko kebuluran,” dan mengingatkan kewajipan semua pihak untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi antarabangsa.

–BERNAMA

Tags: GazaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd