• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

oleh Mohd Arshad
25/06/2025
dalam Terkini
0
JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula.

JPN dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan perundangan sudahpun diambil ke atas pemegang kad pengenalan Mohd Izaz Abit kerana individu terbabit menggunakan sijil kelahiran orang lain untuk mendapatkan kad itu.

Katanya, kad pengenalan berkenaan juga sudah dirampas selepas pengakuan diperoleh daripada individu dan penganjur permohonan terbabit.

“Semakan kesahihan turut dibuat ke atas nombor kad pengenalan ditularkan dan mendapati individu berkenaan adalah warga tempatan melalui kuat kuasa undang-undang mengikut Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

“Pemegang kad pengenalan Abd Rauf Hamzah dan Mohd Abzah Ulamai Dar berstatus warganegara secara kuat kuasa undang-undang, masing-masing di bawah Perkara 14(1)(b) serta Perkara 14(1)(a).

“Pemegang kad pengenalan Said Bashar Shah Zadar berstatus warganegara secara kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) dengan pengesahan bapanya adalah warga tempatan sejak 6 Mac 1958,” katanya.

Baru-baru ini, tular dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru, menyatakan ‘Pejabat JPN Sabah sentiasa dipenuhi Pakistan buat Permohonan IC (kad pengenalan)’.

Sementara itu, JPN berkata, dalam mempertimbangkan permohonan, pembuktian kelayakan untuk dianugerahkan status kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon.

Proses pertimbangan tertakluk kepada syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (L.N.82/1964) serta perundangan berkaitan berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

“JPN ingin menegaskan syarat ini hanya melayakkan permohonan dikemukakan tetapi tidak menjamin ia akan diluluskan kerana sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak akan memberikan kewarganegaraan secara sewenang-wenangnya atau sebarang keistimewaan tertentu,” katanya.

BHonline-

Tags: JPNkad pengenalanwarga pakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

21/12/2024
0

JOHOR BAHRU - Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga tempatan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd