• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

oleh AK-47
14/06/2025
dalam Jenayah
0
JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram (g) bernilai RM2.61 juta pada April lalu.

Pengarah Kastam Selangor Tun Norlela Azumi Ramli berkata untuk kes pertama Bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor telah merampas sebuah kotak kurier eksport mengandungi dadah jenis bunga ganja di Pusat Mel Dan Kurier Pos Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada 18 April.

“Nilai dadah berkenaan dianggarkan sebanyak RM193,943 dengan berat dianggarkan 2,609g,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tun Norlela Azumi berkata dalam kes kedua, JKDM Selangor telah membuat pemeriksaan ke atas dua buah kotak kurier eksport di Pusat Mel Dan Kurier Pos Malaysia, KLIA Sepang pada 28 April yang disyaki mengandungi dadah jenis bunga ganja.

“Anggaran nilai keseluruhan dadah kedua-dua kotak itu sebanyak RM905,618 dengan berat sitaan dianggarkan 8,395g,” katanya.

Untuk kes ketiga, beliau berkata JKDM Selangor telah merampas 7,344g dadah jenis bunga ganja bernilai RM719,712 di dalam dua kotak kurier eksport di Pusat Mel Dan Kurier Pos Malaysia, KLIA Sepang, Selangor Darul Ehsan pada 29 April 2025.

Manakala untuk kes terakhir, JKDM Selangor merampas 4,000g dadah jenis methamphetamine bernilai RM800,000 di dalam dua kotak kurier eksport di Pusat Mel Dan Kurier Pos Malaysia, KLIA Sepang, Selangor Darul Ehsan pada 29 April 2025.

Tun Norlela Azumi berkata modus operandi sindiket itu ialah melakukan pengisytiharan tidak benar pada kotak-kotak berkenaan termasuk sebagai sebagai sarung kusyen, apron dan anak patung.

Beliau berkata kesemua dadah yang disita dibawa ke Pejabat Kastam Pelabuhan Utara untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

–BERNAMA

Tags: JKDMseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd