• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

oleh Mohd Arshad
25/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihak berkuasa di United Kingdom (UK) telah melaksanakan pembekuan aset milik bekas Menteri Kewangan tersebut di negara itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa UK bersetuju dengan permohonan yang dikemukakan oleh SPRM sebelum ini berhubung aset milik Allahyarham Tun Daim di negara berkenaan.

“Terdapat pindaan terhadap beberapa perkara dan ia telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa UK.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa UK meneruskan tindakan pembekuan harta berdasarkan apa yang dipohon oleh SPRM,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Rabu.

Azam turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa UK telah memfailkan restraining order dan bersetuju dengan permohonan SPRM pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, pihak defendan telah melakukan pencelahan berhubung kes tersebut.

Menurut beliau, pencelahan itu dibuat bagi meminta mahkamah mendengar berhubung pengurusan kes berkenaan.

Tambah Azam, SPRM telah mengenakan perintah larangan terhadap sejumlah aset dan harta bernilai kira-kira RM700 juta milik keluarga dan proksi yang dikaitkan dengan Tun Daim.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa tiga kediaman mewah di London merupakan antara tujuh hartanah dan satu akaun bank yang didakwa milik isteri Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarganya.

Hasil siasatan yang dijalankan SPRM mendapati bahawa harta alih dan tidak alih tersebut merupakan perkara atau keterangan yang berkaitan dengan dakwaan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SinarHarian-

Tags: dibekukanhartaTun DaimUnited Kingdom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjadi...

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

01/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di enam negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan harta dan aset...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd