• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

oleh Mohd Arshad
27/06/2025
dalam Terkini
0
‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai ‘genosid’, tatkala anggota penyelamat di wilayah Palestin itu memaklumkan bahawa tentera Israel telah membunuh 65 penduduk.

Selepas lebih 20 bulan konflik berdarah itu berlarutan, kumpulan hak asasi manusia mendedahkan bahawa lebih dua juta penduduk Gaza kini bergelut dengan keadaan menyerupai kebuluran.

Israel mula membenarkan bantuan masuk ke Gaza pada hujung bulan lalu selepas mengenakan sekatan lebih dua bulan, namun pengagihan bekalan itu dicemari insiden huru-hara dengan hampir setiap hari tentera rejim itu dilaporkan menembak orang ramai yang menunggu untuk mendapatkan catuan bantuan.

Dalam pada itu, Israel meningkatkan pengeboman ke atas Gaza dalam serangan ketenteraan yang didakwa kononnya menyasarkan kumpulan pejuang Hamas.

Sanchez menekankan bahawa Gaza berada dalam ‘situasi malapetaka genosid’, sekali gus mendesak Kesatuan Eropah (EU) agar serta-merta menggantung perjanjian kerjasama dengan Israel.

Komen itu adalah kecaman paling keras, setakat ini, oleh Perdana Menteri Sepanyol yang lantang mengkritik serangan Israel dan juga antara pemimpin Eropah yang terawal serta paling kanan menggunakan istilah ‘genosid’ untuk menggambarkan situasi di Gaza.

Bercakap menjelang Sidang Kemuncak EU di Brussels, Sanchez menyebut mengenai laporan EU yang menemui ‘petunjuk’ bahawa Israel melanggar kewajipan hak asasi manusianya bawah perjanjian kerjasama, yang menjadi asas kepada hubungan perdagangan.

Kenyataan Sanchez itu mencetuskan kemarahan Israel dengan kedutaan rejim itu di Madrid menuduh beliau menggambarkan Israel sebagai ‘syaitan’, malah mendakwa bahawa Sepanyol ‘berada di pihak yang salah dalam sejarah.’

Susulan itu, Kerajaan Sepanyol menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’, sekali gus memanggil pihak kedutaan berkenaan.

Sementara itu, pengarah bekalan perubatan dalam agensi pertahanan awam Gaza, Mohammad Al-Mughair, memberitahu AFP bahawa seramai 65 mangsa dibunuh oleh tentera Israel di wilayah itu, semalam.

BHonline-

Tags: EUGazaIsraelPM Sepanyol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd