• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

oleh Mohd Arshad
14/05/2025
dalam Terkini
0
Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah itu.

Dalam ucapannya pada Forum Pelaburan Arab Saudi-AS di Arab Saudi pada Selasa, Trump menggesa masyarakat global agar memberi perhatian serius terhadap insiden 7 Oktober 2023 serta cabaran berterusan di rantau tersebut.

“Rakyat Gaza berhak menikmati masa depan yang jauh lebih baik,” katanya.

Beliau menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza sebagai amat membimbangkan.

“Cara rakyat di Gaza dilayan… tiada tempat lain di dunia ini yang rakyatnya diperlakukan sebegitu teruk,” ujarnya.

Trump memaklumkan bahawa usaha membawa pulang semua tebusan yang ditahan Hamas masih diteruskan, dan beberapa kemajuan telah dicapai.

“Hujung minggu lalu, kami berjaya berunding untuk membebaskan tebusan terakhir rakyat Amerika… baru beberapa jam lalu, beliau telah dibebaskan.”

Presiden AS itu turut berikrar untuk menamatkan peperangan di Gaza.

“Kami terus berusaha agar perang ini dapat ditamatkan secepat mungkin. Ia adalah sesuatu yang amat dahsyat,” katanya.

Trump juga menegaskan bahawa serangan pada 7 Oktober perlu dikecam.

“…insiden itu tidak akan berlaku sekiranya negara ini dipimpin oleh presiden yang lain – dan pastinya jika saya masih presiden,” tegasnya.

Menyentuh isu serantau lain, Trump mengulangi komitmen AS terhadap keamanan dan pembangunan di Lubnan.

Beliau turut memuji duta baharu AS ke Lubnan, yang merupakan warga Amerika keturunan Lubnan dan disifatkan sebagai rakan karib.

“Beliau rakan saya dari New York… katanya, ‘Jika saya cedera atau terkorban, saya terkorban demi negara yang saya cintai.’ Anda memiliki seorang duta yang hebat,” ujar Trump.

Trump tiba di Riyadh awal Selasa untuk memulakan lawatan empat hari ke Asia Barat yang turut merangkumi Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lawatan ini, yang mengimbas kembali lawatan luar negara pertamanya pada 2017, dilihat sebagai sebahagian daripada strategi diplomatik dan ekonomi beliau di rantau Teluk.

Menurut laporan media antarabangsa, Trump dijadual menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin Teluk pada 14 Mei sebelum berlepas ke Doha, Qatar, pada hari yang sama, dan ke Abu Dhabi, UAE, pada 15 Mei.

Beliau dijangka menamatkan lawatan rasmi pertamanya bagi penggal keduanya di Abu Dhabi pada 15 Mei.

-Bernama

Tags: Donald TrumpGazaPalestin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Nasib 13 Tertuduh Remaja Ditentukan 11 Jun

Next Post

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Related Posts

Pentadbiran Trump Batalkan Hak Harvard Terima Pelajar Antarabangsa

Pentadbiran Trump Batalkan Hak Harvard Terima Pelajar Antarabangsa

23/05/2025
0

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan keupayaan Universiti Harvard menerima pelajar antarabangsa, kata Setiausaha Keselamatan Dalam...

Penangguhan Tarif AS Beri Kelegaan Sementara – PM Anwar

Penangguhan Tarif AS Beri Kelegaan Sementara – PM Anwar

10/04/2025
4

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan pelaksanaan tarif selama 90 hari yang diumum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi...

Next Post
Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd