• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Reman 2 Anggota Polis Disyaki Terima Rasuah Balasan Tak Ambil Tindakan Kes Judi, Narkotik

oleh Mohd Arshad
05/05/2025
dalam Jenayah
0
SPRM Reman 2 Anggota Polis Disyaki Terima Rasuah Balasan Tak Ambil Tindakan Kes Judi, Narkotik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Dua anggota polis direman tujuh hari kerana disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kes berkait kegiatan perjudian dan narkotik.

Perintah reman bermula hari ini hingga 11 Mei terhadap kedua-dua suspek lelaki itu dikeluarkan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, mereka ditahan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 50-an dipercayai melakukan perbuatan itu pada Ogos 2024 dengan meminta serta menerima rasuah kira-kira RM3,000 daripada seorang individu, sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan aktiviti perjudian dan narkotik.

“Suspek kedua berusia 40-an pula dipercayai melakukan perbuatan itu pada Disember 2022 hingga Mei 2023 dengan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 daripada seorang individu, sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan narkotik,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek itu disyaki menerima suapan secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan ke dalam akaun bank masing-masing.

Sementara itu Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

BHonline-

Tags: anggota polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd