• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

oleh Mohd Arshad
21/05/2025
dalam Jenayah
0
‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media sosial Facebook.

Mangsa wanita berusia 52 tahun didakwa tertarik dengan tawaran keuntungan tidak masuk akal ditawarkan oleh iklan mengenai pelaburan saham menggunakan nama `Apex Pelaburan Saham’.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa kemudiannya menekan pautan iklan berkenaan sebelum menerima mesej dihantar individu bernama Elaine.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp baharu dinamakan `VIP1901′ dan mula membuat pelaburan bermula 20 Mac hingga 9 Mei lalu ke beberapa akaun bank diberikan suspek.

“Selepas melakukan transaksi pemindahan wang, mangsa mula menyedari menjadi mangsa penipuan pelaburan membabitkan jumlah keseluruhan RM649,150,” katanya tadi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Susulan kes itu, Azry Akmar menasihati orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan.

Katanya, orang ramai dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

-Harian Metro

Tags: scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Next Post

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

Pesara Guru Rugi RM200,000 Ditipu ‘Wakil Pejabat Kesihatan’

29/03/2025
1

Kuantan: Pesara guru kerugian RM200,000 selepas terpedaya dengan kes penipuan secara dalam talian oleh 'wakil pejabat kesihatan'. Ketua Polis Pahang...

Next Post
Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd