• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

oleh Mohd Arshad
26/05/2025
dalam Terkini
0
‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.

Beliau memberi peringatan itu susulan rakaman video tular yang menunjukkan seorang murid dimarahi guru di sebuah kantin sekolah.

Fadhlina berkata kementeriannya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada isu ini supaya pihaknya dapat mengingatkan tentang integriti dan etika guru dari masa ke semasa.

“Kita sudah ingatkan perkara itu berkali-kali, sudah ada garis panduannya. Mereka sebagai penjawat awam mesti mematuhi etika dan integriti sedia ada, sebab itu saya kata perkara ini mesti sentiasa diperingatkan dari semasa ke semasa.

“Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat…ruang yang lebih bersifat privasi untuk memastikan apa sahaja perbincangan dan isu dapat kita selesaikan secara baik,” katanya ketika ditanya tentang rakaman video tular itu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Fadhlina berkata, beliau telah amanahkan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan untuk melihat perkara berkenaan dan sentiasa mengingatkan guru tentang integriti serta etika mereka sama ada di dalam mahupun di luar kelas serta di media sosial.

“Saya amat kesal dengan perkara yang berlaku kerana apabila video itu ditularkan, rakaman tersebut memberi impak besar,” katanya.

Semalam rakaman video berdurasi 2.32 minit tular dalam media sosial menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya di kantin sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku pada 14 April lepas.

Bernama-

Tags: Fadhlina SidekmuridSGM 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Desakan Letak Jawatan Dorong Saya Buat Lebih Baik – Fadhlina

Desakan Letak Jawatan Dorong Saya Buat Lebih Baik – Fadhlina

23/10/2025
0

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan setiap kritikan atau desakan agar beliau meletakkan jawatan tidak dianggap sebagai tekanan peribadi,...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd